Resepi Kangkung Goreng Belacan

Kangkung goreng belacan adalah antara menu berasaskan sayuran yang amat digemari sebagai hidangan tambahan pada makan malam dan tengahari. Hari ini kami akan berkongsi resepi  yang sedap dan mudah untuk dicuba oleh anda.

 

Bahan  Resepi Kangkung Goreng Belacan

 

500g kangkung

12 cili api

2 cili merah

3 biji bawang merah

1 inci belacan

1 ulas bawang putih

 

Cara memasak resepi kangkung goreng belacan

 

1. Tumbuk cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih dan belacan.

2. Potong kangkung dalam bentuk yang kecil dan dibasuh bersih.

3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

4. Tumis semua bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan wangi.

5. Masukkan kangkung ke dalam kuali.

6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau semuanya sehingga rata.

7. Kangkung goreng belacan anda siap untuk dihidangkan. Ia sesuai dimakan dengan nasi putih.

resepi kangkung goreng belacan mudah sedap

resepi kangkung goreng belacan mudah sedap

Selamat mencuba 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge