Resepi Kacang Buncis Goreng Bersama Telur

Resepi Kacang Buncis Goreng Bersama Telur – (Bahan-bahan)

15 Batang Kacang Buncis ( dipotong kecil)

1 Biji Cili Merah

2 Biji Telur

2 Ulas Bawang Putih

1 Biji Bawang Besar

Udang kecil.

Sos Tiram

Garam

 

Cara-cara Memasak Resepi Kacang Buncis Goreng Bersama Telur:

Resepi Kacang Buncis Goreng Bersama Telur

Resepi Kacang Buncis Goreng Bersama Telur

1. Potong kesemua kacang buncis. Cuci.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah yang telah dipotong kecil.

3. Gaul sehingga garing. Masukkan udang kecil. Kacau.

4. Pecahkan 2 biji telur tadi. Kacau dan hancurkan telur tersebut.

5. Masukkan kesemua kacang buncis tadi.

6. Kacau sehingga kacang buncis masak.

7. Masukkan 2 sudu sos tiram.

8. Taburkan sedikit garam.

9. Kacau rata dan tutup api.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge