Resepi Ikan Percik Sedap

Resepi ikan percik yang sedap dan senang? Anda pasti meminati ayam percik dan di sini kami ingin berkongsi dengan anda cara memasak resepi percik yang menggunakan ikan iaitu ikan percik mudah dan sedap khas untuk anda cuba.

 

Bahan Utama Resepi Ikan Percik Mudah

Seekor ikan kembung/bawal (Anda boleh cuba ikan lain)

Santan pekat (1/2 biji kelapa)

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

Setengah cawan air asam jawa

1 sudu teh halba

2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Dikisar

12 cili kering (Bergantung tahap kepedasan diingini)

2 inci halia

4 ulas bawang putih

3 batang serai

 

resepi ikan percik mudah sedap lazat

Resepi ikan percik mudah sedap lazat

 

Cara Memasak Resepi Ikan Percik Mudah dan Sedap

1. Ambil Ikan bawal anda dan lumurkan dengan sedikit garam berserta dengan serbuk kunyit.

2. Masakkan semua bahan kecuali ikan tadi sehingga pecah minyak dan pekat.

3. Bakar ikan anda sambil menyapukan kuah yang dibuat tadi.

4. Bakar sehingga masak.

5. Ikan percik ini mudah,senang dan sedap. Ia sedia dihidangkan dan anda boleh menghiasnya dengan salad dan timun.

 

 

Comments

  1. By anita

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge