Resepi Ikan Merah Masak Kunyit

Resepi ikan merah masak kunyit adalah merupakan salah satu resepi berasaskan ikan yang amat digemari oleh saya. Di sini saya akan kongsikan cara-cara bagaimana memasak resepi ikan merah masak kunyit yang mudah lagi sedap.

 

Bahan-Bahan Resepi Ikan Merah Masak Kunyit

1 ekor ikan merah bersaiz sederhana

3 cm halia (Dihiris)

2 labu bawang besar (Dihiris)

5 tangkai cili padi (Dihiris)

2 tangkai cili merah (Dihiris)

1 batang lobak merah (Dihiris)

4 ulas bawang putih (Dihiris)

1 tangkai daun bawang (Dihiris)

Sedikit serbuk kunyit

 

resepi ikan merah masak kunyit

resepi ikan merah masak kunyit

 

Cara Memasak Resepi Ikan Merah Masak Kunyit

 

  1.  Goreng ikan dalam kuali sehingga garing.
  2. Keluarkan ikan merah tadi.
  3. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar bersama. Tumis semua bahan ini sehingga naik bau dan berwarna kekuningan.
  4. Masukkan lobak merah, cili merah dan cili padi.
  5. Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan daun bawang dan ia sudah siap untuk dituang.
  7. Tuangkan semua bahan di dalam kuali ke atas ikan merah yang telah di goreng tadi.
  8. Resepi ikan merah masak kunyit sedia untuk dihidangkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge