Resepi Ikan Masak Lemak Lengkuas

Resepi ikan masak lemak lengkuas memang sedap dan tidak sukar disediakan. Ikuti langkah demi langkah cara memasak resepi ikan masak lemak lengkuas yang mudah dan sedap ini.

 

Bahan Utama Resepi Ikan Masak Lemak Lengkuas

Seekor ikan merah/tenggiri dan mana-mana sesuai

2 cawan santan pekat

4-5 biji belimbing buluh

2 sudu minyak masak

Garam secukup-cukup rasa

Bahan tumisan ikan masak lemak lengkuas

10-20 biji cili api/padi (dikisar sekali) -jumlah mengikut tahap kepedasan,dicadangkan 15 biji cili api/padi

3 biji bawang merah (dikisar sekali)

1 inci lengkuas (dikisar sekali)

1 inci kunyit hidup (dikisar sekali)

 

resepi ikan masak lemak lengkuas

resepi ikan masak lemak lengkuas

Cara Memasak Resepi Ikan Masak Lemak Lengkuas

  1. Potong ikan merah kepada dua.
  2. Bersihkan dengan limau. Bilas ikan dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan yang telah siap dikisar.
  4. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan diikuti dengan belimbing buluh, ikan dan garam secukup rasa. Gaul dan biarkan ia mendidih.
  6. Ikan masak lemak lengkuas anda telah siap dan sedia dihidangkan.

 

Jika anda telah mencuba resepi ini dan ia bermanfaat untuk anda sila tinggalkan komen anda di bawah. Selain itu jika anda ada cadangan,penambahan,pembetulan dan komen sila tulis di bawah ye. Segala maklumbalas amat dihargai :D