Resepi Ikan Masak Lemak Cili Api

Anda tidak tahu nak masak apa hari ini? Apakata anda cuba resepi ikan masak lemak cili api ini. Caranya mudah dan bahan yang digunakan memang ringkas. Kami kongsikan resepi ini khas buat anda. Selamat mencuba ye.

Kebanyakan orang banyak gunakan ikan tenggiri namun anda juga boleh gunakan ikan lain seperti ikan tongkol dan ikan kembung. Apa sahaja ikan yang anda guna yang penting kuahnya yang paling penting bagi memberi rasa lemak yang terbaik.

ikan untuk masak lemak

ikan untuk masak lemak

Resepi Ikan Masak Lemak Cili Api (Bahan Utama)

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 1/2 biji kelapa (santan pekat)
  • 3 batang serai yang diketuk
  • 10 belimbing buluh
  • Garam secukupnya

Resepi Ikan Masak Lemak Cili Padi/Api (Bahan Yang Dikisar)

  • 10-15 biji cili api (mengikut tahap kepedasan diingini)
  • 1 cawan santan cair
  • 1 inci dari kunyit hidup

 

ikan masak lemak cili api simple sedap

Ikan masak lemak cili api simple sedap

Cara Memasak Resepi Ikan Masak Lemak Cili Api Mudah dan Sedap

Resepi ini terbahagi kepada 6 langkah. Tak susah dan hasilkan anda pasti puas hati.

  1. Pertama sekali ialah bersihkan ikan dengan asam limau bagi menghilangkan bau hanyir dan bilas. Kemudian toskan ikan tersebut.
  2. Kedua, masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk anda.
  3. Masakkan semua bahan tadi sehingga mendidih.
  4. Apabila ianya mendidih maka anda boleh masukkan santan pekat.
  5. Kacau secara perlahan dan lakukannya sehingga mendidih.
  6. Resepi ikan masak lemak cili api anda sudah siap dan sedia dihidangkan. 🙂

Terima kasih kerana mencuba resepi masak lemak cili api ini. Semoga ia bermanfaat buat anda. Anda mungkin juga berminat menbaca koleksi resepi kami berkaitan resepi sambal kentang yang telah kami kongsikan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge