Resepi Ikan kembong Masak Stim

Resepi Ikan kembong Masak Stim merupakan salah satu makanan kegemaran admin. Di sini admin kongsikan bagaimana cara memasak resepi ikan kembong masak stim yang sedap dan mudah ini.

 

Bahan-bahan Resepi Ikan kembong Masak Stim:

 

4 Ekor Ikan kembung

1 Biji Bawang Besar

3 biji Bawang Putih

2 Batang Serai

3cm Halia

2-3 biji limau nipis

6 batang cili padi

Daun sup (dipotong)

1 cawan air

Gula

Garam

 

Cara-Cara Memasak Resepi Ikan kembong Masak StimĀ :

  1. Ikan dibersihkan dan dikelar. Lumurkan dengan garam.
  2. Potong nipis bawang besar, bawang putih, halia.
  3. Masukkan ikan dalam bekas tahan panas dan masukkan bahan yang telah dipotong tadi di atas ikan.
  4. Panaskan ikan dengan bahan-bahan tersebut.
  5. Masak sampai setengah masak kemudian masukkan air perahan limau nipis, cili, garam secukup rasa, gula dan air.
  6. Biarkan sehingga masak. Taburkan daun sup. Sedia dihidang.
Resepi Ikan kembong Masak Stim

Resepi Ikan kembong Masak Stim