Resepi Gulai Telur – SEDAP & MUDAH

Resepi Gulai telur ini sedap dimakan bersama nasi panas. Ia juga sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana tidak pedas. Bahan-bahannya sangat mudah dan cara membuatnya memang cepat.  Apa yang anda perlu sememangnya ada di dapur anda. Rugi jika anda tidak mencuba respi ini. Korang kena cuba ye! ????????????

Bahan-bahan:

4 biji telur (direbus)
3 biji kentang
1 biji bawang besar(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
3 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
Rempah 4 sekawan
2 helai daun pandan
1 paket serbuk kari daging
Sedikit kerisik
Sedikit santan

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
 resepi gulai telur sedap dan mudah

resepi gulai telur sedap dan mudah

RESEPI GULAI TELUR SEDAP

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan, serai diketuk dan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan rempah kari daging.
4. Biarkan sehingga pecah minyak.
5. Masukkan kentang.
6. Jika kentang empuk, masukkan santan.
7. Kacau terus supaya santan serasi.
8. Masukkan kerisik.
9. Masukkan garam secukup rasa.
10. Akhir sekali telur yang telah direbus.

Facebook Comments