Resepi Gulai Ketam Nenas ( MUDAH & SEDAP)

Gulai Ketam Nenas adalah sangat mudah untuk disediakan dan kami pasti anda juga mampu menghasilkan Resepi Gulai Ketam Nenas yang sedap dan lazat dengan mudah.

 

Resepi Gulai Ketam Nenas

Resepi Gulai Ketam Nenas

 

Bahan-Bahan Resipi Gulai Ketam :-

4 Ekor Ketam

1/2 Biji Nenas

1 1/2 labu Bawang Besar (Kisar)

5 labu Bawang Putih (Kisar)

1 Paket Rempah Ketam Adabi

1 Kotak Santan

Garam

 

Bahan Tumis Darat :

3 labu Bawang Merah (Potong)

4 ulas Bawang Putih (Potong)

2 inci Halia

Daun Kari

 

Cara-Cara Memasak Resepi Gulai Ketam Nenas :-

1. Bersihkan ketam. Belah dua jika ketam agak besar.

2. Nenas dibuang kulit dan dibersihkan. Potong kasar.

3. Bawang besar dan bawang putih dikisar.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

4. Masukkan bahan kisar dan masukkan 1 paket rempah Ketam Adabi.

5. Rebus naik sehingga mendidih. Masukkan nenas yang dipotong kasar bersama ketam yang telah dibersihkan.

6. Biarkan sehingga mendidih.

7. Perlahankan api. Masukkan 1 kotak santan. Masukkan sedikit garam. Kacau rata.

8. Biarkan sehingga masak.

9.  Sementara itu, dikuali lain. Panaskan minyak.

10. Masukkan bahan-bahan tumis darat iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari yang telah dipotong nipis.

11. Tumiskan sehingga garing.

12. Kemudian angkat dan tuang kesemua bahan tumis termasuk minyak ke atas gulai ketam yang sedang dimasak tadi.

13. Kacau rata gulai ketam tersebut. Siap. Sedia dihidang. :)

Facebook Comments