Resepi Cucur Udang Sedap & mudah

Resepi Cucur Udang Sedap & Mudah memang kegemaran saya.  Resepi Cucur Udang Sedap yang sedap adalah amat mudah untuk dibuat dan kami harap anda dapat menikmatinya.

 

Bahan – bahan  Resepi Cucur Udang Sedap dan :

 

1/2 Kg Udang Kertas

2 Biji Bawang Besar

1 Genggam Taugeh

1 Cekak Daun Kucai

1 Biji Telur

1 Sudu Majerin

3-4 Senduk  Tepung Gandum (Mengikut Keperluan)

Secubit Serbuk Kunyit (Untuk Warna)

Sedikit Garam

Air Secukupnya

Resepi Cucur Udang Sedap & mudah

Resepi Cucur Udang Sedap & mudah

 

*Tips untuk Cucur Udang rangup : Ambil ais ketul (1 kiub dah cukup). Masukkan ke dalam cawan dan masukkan sedikit sahaja air untuk cairkan ais tersebut. Apabila ais cair, masukkan ke dalam bahan yang digaul rata tadi. 🙂

 

Cara-cara  Resepi Cucur Udang Sedap:

1. Bersihkan udang. Potong bawang kasar. Bersihkan taugeh dan kucai. Kucai dipotong pendek.

2. Masukkan semua bahan ke dalam 1 bekas.

3. Masukkan tepung (mengikut keperluan).

4. Pecahkan telur ke dalam bekas berisi bahan2 tadi.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

5. Masukkan 1 sudu majerin (tak kisah cap ape planta ke daisy ke, suka2 hati la.. :p)

6. Masukkan sedikit garam dan sedikit kunyit untuk perasa dan warna.

7. Gaul rata semua bahan mengikut kesesuaian.

8. Panaskan minyak. Sedia digoreng.

 

Pencicah Cucur Udang

Option 1 – Anda boleh mencicah dengan kuah kacang. Sila ke http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2012/08/kuah-kacang-utara.html untuk resepi. Hehe. Sebab selalu saya guna kuah kacang segera je. Tambah air panas jerr.. :p

 

Option 2 – Sos Cili ( Ambil le sos cili cap ape2 pun)

 

Option 3 – Kuah sos pedas. Senang je. 2 batang cili merah, 2 batang cili padi, 3 ulas bawang putih, gula, garam. Blender semua. Masukkan semua dalam kuali , masak sekejap. Sambil tu campur sos cili dan sedikit cuka ke dalam kuah tu. Siap! 🙂

 

Selamat mencuba! Yummy! :D

Facebook Comments