Resepi Coleslaw Mudah dan Cara Membuat Coleslaw

Resepi coleslaw mudah lagi sedap memang menjadi idaman dan kegemaran admin sebagai salah seorang peminat coleslaw KFC. Dari kecil itulah antara favourite jika ke KFC. Makan dengan roti or awan pun memang sedap dan umpphh..Teringin juga buat sendiri dan kami kongsikan resepi coleslaw ini supaya sama-sama kita membuat sendiri coleslaw di rumah..Memang terbaik/

Bahan-Bahan untuk membuat coleslaw:
● 1/4 bahagian  kobis, perlu dihiris ataupun dicincang kasar
● 4 hingga 5 sudu besar mayonis
● 2 sudu besar mengandungi  jus lemon
● 1 batang lobak merah yang diparut kasar
● 1/4 cawan berisi susu
● 1 sudu besar – gula putih
● secukup rasa/sedikit garam
● secukup rasa/sedikit serbuk lada hitam

Resepi coleslaw mudah dan Simple lagi sedap

Resepi coleslaw Mudah dan Simple

Cara membuat coleslaw:

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
  1. Sediakan semua bahan
  2. Sediakan mangkuk. Masukkan jus lemon, mayonis,gula, garam dan susu. Campur dan kacaukan sehingga sebati.
  3. Kemudian anda perlu masukkan kobis yang telah sedia dicincang kasar. Masukkan sekali lobak yang telah diparut.
  4. Taburkan ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi, serbuk lada hitam. Gaulkan hingga ia menjadi sekata. Sekiranya coleslaw anda kelihatan kering maka anda bolehtambahkan sedikit mayonis.Namun jangan terlalu banyak kerana semasa direhatkan, mayonis akan menghasilkan sedikit air daripada sayur-sayuran yang anda masukkan.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan ia sejuk sebelum dihidang.
  6. Setelah sejuk anda boleh hidangkan dan sedia untuk di makan.
  7. Enjoy coleslaw yang anda telah buat!! InsyaaAllah puas hati.
  8. Share dan Komen di ruangan komen di bawah jika anda berjaya membuat coleslaw yang sedap.

Resepi asal dan gambar resepi coleslaw mudah dan sedap ini adalah daripada CT Manis. Ia telah di olah dan digubah semula oleh pihak kami.  Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian resepi kami yang lain iaitu Resepi Mee Kari Sedap

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *