Resepi Char Kway Teow Sedap

Resepi Char Kway Teow (Bahan – bahan) :

Kway Teow

10 Ulas Bawang Putih

Cili Boh

Kicap Cair

Kucai

Taugeh

Kerang

Udang Besar

Telur

Air

Cara-cara Masak Resepi Char Kway Teow (Untuk satu pinggan makan) :

1. Kisar halus bawang putih. Masukkan 1 cawan air kedalam hasil kisar tersebut.

2. Panaskan minyak, tumiskan 1 senduk dari hasil kisaran bawang putih tadi.

3. Masukkan 3 camca cili boh.

4. Biarkan 2 minit kemudian masukkan 4 ekor udang besar dan kerang.

5. Biarkan sehingga udang masak.

6. Masukkan 1 genggam koey teow.

7. Tuangkan kicap cair.

8. Pecahkan 1 biji telur.

9. Kacau rata bahan di dalam kuali.

10. Masukkan secubit garam dan teruskan dengan memasukkan kucai dan taugeh.

11. Gaul rata dalam 2 minit dan kemudian tutup api.

12. Sedia dihidangkan.

 

Resepi Char Kway Teow Sedap

Resepi Char Kway Teow Sedap

Hidangan Tambahan Resepi Char Kway Teow:

Boleh dimakan bersama cili hijau yang telah dijerukkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge