Resepi Bihun Goreng Singapore Kawww

Bihun goreng singapore memang sedap tapi bagaimanakah cara menyediakannya. Disini kita akan berkongsi resepi bihun singapore yang sedap dan menarik.

 

Bahan-bahan Resepi Bihun Singapore:-

 

1 Labu Bawang Putih

1 Labu Bawang Besar

1 Batang Lobak Merah

Kobis

Lada Hitam

Udang

Ayam

Sos Tiram

Bihun

 

Cara-cara Resepi Bihun Goreng Singapore:-

 

1. Bihun direndam dengan air. Biarkan sehingga lembut. Toskan.

2. Kisar bawang putih bersama separuh daripada bawang besar. Separuh bawang besar dihiris  nipis.

 

resepi bihun goreng singapore

3. Tumis bawang besar yang dihiris nipis bersama bahan kisar. Kacau sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam yang dipotong kecik dan udang. Biar sehingga masak.

5. Masukkan sedikit sos tiram beserta gula dan garam.

6. Masukkan lada hitam yang telah dikisar.

7. Kemudian, masukkan bihun yang telah ditos tadi. Kacau rata.

8. Masukkan lobak merah dihiris nipis bersama kobis yang dipotong.

9. Kacau rata. Biar sehingga masak.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: