Resepi bendi goreng sambal

Resepi bendi goreng sambal antara masakan kegemaran admin sekeluarga. Dalam seminggu pasti ada resepi ini dimasak oleh wife admin.

 

Bahan resepi bendi goreng sambal

15 Biji Bendi (dipotong serong)

3 Biji Cili Merah (dikisar)

1 Biji Bawang Besar (dikisar)

2 Ulas Bawang Putih (dikisar)

Sedikit gula dan garam

Resepi bendi goreng sambal

Resepi bendi goreng sambal

Cara Memasak Bendi Goreng Sambal

1.  Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar iaitu cili merah bersama bawang besar dan putih.

2. Tumis sehingga pecah minyak/

3. Masukkan bendi yang dipotong.

4. Gaul rata sehingga bendi masak.

5. Masukkan sedikit gula dan garam.

6. Gaul rata. Sedia dihidang.

Resepi ini memang sedap dan sangat mudah untuk disediakan. Selamt mencuba dan sekiranya menjadi bolehlah tinggalkan komen di bawah ye 🙂