Resepi Ayam Masak Padang

Ayam Masak Padang memang menjadi kegemaran peminat-peminat makanan yang berasal dari indonesia dan biasanya apabila anda ke restoran padang anda akan mendapati ayamnya agak kecil dan tidak puas semasa memakannya. Apa kata kita belajar sendiri resepi ayam masak padang yang sedap ini untuk di masak di rumah. Lagi puas kan.. 🙂

 

Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Padang

 

Bahan A (ayam masak padang resepi)

1 ekor ayam(dipotong kecil dan dibuang kulit)

2 Biji tomato (Belah 4)

1 keping asam gelugor

5 daun limau purut (carik halus)

2 Batang Serai yang diketuk

Santan (Diambil dari 1/2 biji kelapa)

3 sudu makan Minyak Masak

Garam

 

Bahan B (ayam masak padang resepi)

 

10 biji bawang merah

3 inci lengkuas

10 biji cili api

20 tangkai cili kering

2 inci kunyit hidup

4 ulas bawang putih

3 biji buah keras

3 inci halia

 

resepi ayam masak padang

resepi ayam masak padang

 

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Padang

  1. Sediakan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumiskan bahan-bahn B dan serai.
  3. Apabila sudah naik minyak maka masukkan ayam dan biarkan sekejap.
  4. Kemudian, masukkan santan, daun limau purut, tomato dan asam gelugur.
  5. Biarkan bahan-bahan tadi dimasak dengan api yang perlahan.
  6. Masak sehingga mendidih dan naik minyak.
  7. Ayam masak padang anda telah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge