Resepi Ayam Masak Merah Simple

Resepi ayam masak merah merupakan resepi popular semasa kenduri dan majlis perkahwinan dan sebagainya. Resepi ayam masak merah memang sedap dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain dan sangat digemari oleh masyarakat melayu di Malaysia. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana memasak resepi ayam masak merah yang paling mudah /simple lagi sedap.

 

Bahan Utama Resepi Ayam Masak Merah

Seekor ayam

1 bawang besar

2 sudu makan bagi sos tomato

Serbuk kunyit

Minyak masak secukupnya

Gula dan garam secukup rasa

 

resepi ayam masak merah simple mudah sedap

Resipi ayam masak merah simple mudah sedap

 

Bahan Kisar Untuk Masak Ayam Masak Merah

12 tangkai cili kering (Jumlah mengikut tahap kepedasan anda)

4 biji tomato

3 ulas bawang putih

1 bawang besar

2 inci halia

2 batang serai

 

Cara Memasak Resipi Ayam Masak Merah Sedap lagi Simple

  1. Bersihkan ayam dan potong dalam bentuk yang kecil.
  2. Gaulkan ayam yang telah anda potong itu dengan garam dan kunyit.
  3. Gorengkan ayam sehingga masak dan keluarkan ayam tadi.
  4. Masukkan dan panaskan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisar yang telah dikisar tadi sehingga kelihatan garing.
  5. Masukkan ayam ayam yang anda telah goreng tadi.
  6. Masukkan juga bawang besar, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
  7. Gaulkan hingga sebati dan kelihatan rata.
  8. Masakan resepi ayam masak merah anda siap dan sedia untuk dihidangkan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge