Resepi Ayam Masak Lengkuas

Resepi Ayam Masak Lengkuas adalah resepi yang menggunakan bahan utama ayam dan lengkuas. Rasa ayam masak lengkuas yang unik dan sedap ini mudah untuk dimasak dan sesuai untuk semua majlis. Ini adalah salah satu resepi kegemaran admin dan patut dicuba oleh semua suri rumah.

 

Bahan Utama (Resepi Ayam Masak Lengkuas):

500gm Ayam

2 Inci Lengkuas

½  Cawan Asam Jawa

1 Labu Bawang besar

Sedikit Garam

Sedikit Gula

Minyak

 

Bahan Kisar – Ayam Masak Lengkuas:

20 Tangkai Cili Kering

1 Labu Bawang Besar

resepi ayam masak lengkuas

Cara-cara Memasak Resepi Ayam Masak Lengkuas :

  1. Ayam perlu dibersihkan dan kemudiannya dilumurkan dengan garam bersama kunyit.
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah dilumur tadi sehingga masak. Ketepikan ayam.
  3. Dengan minyak yang sama. Masukkan Bahan B (Kisar) tadi bersama lengkuas yang dipotong kasar.
  4. Biarkan sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam (secukup rasa). Kacau rata. Biarkan ia selama 10 minit.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi bersama bawang besar yang dipotong bulat.
  7. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
  8. Angkat dan ayam masak lengkuas anda sedia untuk dihidangkan.