Resepi Ayam Masak Hijau

Resepi Ayam MasakĀ Hijau ini adalah satu resepi yang jarang kita dengar. Namun resepi ayam masak hijau ini tidak kurang hebatnya denga resepi ayam yang lain

Bahan Resepi Ayam Masak Hijau

1/2 Ekor Ayam

Sedikit serbuk kunyit

2 Batang Serai

5 Helai Daun Limau Purut

1 Cawan Santan

1 Camca Kerisik

Sedikit Garam

Minyak

 

Bahan Kisar

10 Biji Cili Padi

6 BIji Cili Hijau

1 inci Halia

1/2 inci Lengkuas

2 Labu Bawang Besar

4 Ulas Bawang Putih

resepi ayam masak hijau

Cara-cara Memasak Ayam Masak Hijau:

1. Ayam dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan garam. Ayam yang telah digaul tadi dimasukkan ke dalam kuali panas berisi minyak. Goreng separuh masak. Angkat dan ditoskan.

2. Tumis semua bahan kisar, serai dan daun limau purut. Gaul semuanya rata.

3. Masukkan santan, kerisik dan sedikit garam. Kacau dan tunggu sehingga semua bahan sebati.

4. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi.

5. Gaul sehingga ia rata.

6. Ayam Masak Hijau anda sedia untuk dihidang.