Resepi Ayam Kurma Sedap

Anda teringinkan lauk kurma ayam? Jom cuba masak resepi terbaru yang kami kongsikan iaitu resepi ayam kurma. Ia senang untuk disediakan dan bahannya pun tidak banyak.

resepi kurma ayam

resepi menggunakan kurma

Resepi ayam kurma adalah masakan berasaskan rempah kurma dan sangat digemari oleh masyarakat melayu di Malaysia ini. Resepi ayam masak kurma yang sedap dan mudah ini dikongsi oleh kami untuk semua pelawat Laman Web Bagaimana Malaysia.

Bahan Tumis Resepi Ayam Masak Kurma Sedap & Senang

3 ulas bawang putih yang dihiris

2 inci halia

5 biji bawang besar

5 bunga cengkih

3 buah pelaga

3 bunga lawang

1 inci bagi kulit kayu manis

Resepi ayam kurma sedap mudah masak

Resepi ayam kurma sedap mudah masak

Bahan Utama Resepi Ayam Masak Kurma Sedap & Senang

Seekor ayam

5 sudu biasa rempah kurma

1 biji limau nipis (Diambil airnya limau nipis itu)

4 biji kentang yang dipotong empat (Jumlah kentang mengikut kehendak anda)

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

2 cawan santan pekat (sebiji kelapa)

1 biji bawang besar yang dipotong empat

2 biji cili hijau yang dipotong dua

1 biji buah tomato

Minyak masak dan garam secukup rasa

Cara Memasak Resepi Ayam Kurma Sedap / Ayam Masak Kurma

  1. Panaskan minyak di dalam kuali anda.
  2. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  3. Masukkan rempah kurma anda ke dalam kuali, kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan pekat dan kacau rata campuran .
  5. Masak sehingga kelihatan mendidih.
  6. Masukkan ayam dan diikuti kentang dan dibiarkan masak bersama. Biarkan sehingga ia mendidih dan kelihatan pekat.
  7. Masukkan air perahan limau nipis dan garam secukup rasa.
  8. Masukkan bawang besar, cili hijau, berserta tomato yang telah siap dipotong dan masak sehingga kelihatan pekat.
  9. Resepi ayam kurma ini sedia dihidangkan bersama-sama dengan nasi mahupun roti.
  10. Selamat mencuba. ­čÖé

Terima kasih kerana mencuba resepi ini. Semoga ia bermanfaat buat anda. Anda mungkin berminat mencuba Resepi Mee Ketam sedap yang mengiurkan.

Perkongsian resepi ini kami akan buat dari masa ke semasa dan jika anda ada cadangan resepi yang ingin anda masak maka anda boleh tuliskan di ruangan komen.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *