Resepi Ayam Krim Mentega Special

Resepi Ayam Krim Mentega? Resepi apa ni..admin tak pernah dengar pun. Apakata kita cuba resepi baru ni. Memang sedap dan jarang dibuat orang. Cara membuatnya tidak susah dan cepat untuk disediakan.

Bahan Perapan Resepi Ayam Krim Mentega:
2 keping dada ayam
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa

resepi ayam krim mentega

resepi ayam krim mentega

Bahan Tumis Ayam Krim Mentega:
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung
2 cili merah | dihiris halus
7 biji cili padi | dihiris halus
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukupnya
250ml susu segar atau susu cair

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Cara Memasak Resepi Ayam Krim Mentega

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama satu jam. Kemudian, goreng ayam hingga kekuningan.
2. Cairkan mentega dan tumis kesemua cili serta daun kari hingga naik aroma.
3. Kemudian masukkan tepung dan goreng hingga garing. Masukkan susu, garam dan gula mengikut selera.
4. Apabila kuah telah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.

 

Perkongsian resepi dan gambar ayam krim mentega ini adalah daripada CT Manis  Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian resepi kami yang lain iaitu Resepi Ayam Masak Merah

Facebook Comments

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *