Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit (Bahan – bahan) :

300 gm Ayam ( dipotong kecil)

6 Batang Kacang Panjang (dipotong)

1 Biji Bawang Besar (Holland)

5 Biji Cili Padi

1 Biji Cili Merah

Sos Tiram

Kunyit

Garam

 

Cara-cara Memasak Resepi Ayam Goreng Kunyit:

1. Ayam yang dipotong kecil tadi digaulkan bersama kunyit.

2. Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga garing.

3. Toskan ayam tersebut. Asingkan.

4. Minyak tadi boleh digunakan untuk menumiskan bawang besar (holland), cili padi dan cili merah yang dipotong kasar.

5. Tumis sehingga garing.

6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang yang telah dipotong kecil.

7. Gaul rata.

8. Masukkan 3 sudu sos tiram.

9. Gaul rata bersama garam yang ditaburkan secukup rasa.

10. Sedia dihidang.

 

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit

 

[BACA VERSI BAHASA INGGERIS]

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge