Resepi Asam Pedas Ikan

Resepi asam pedas ikan simple ini biasanya dimasak untuk lauk ikan dan amat digemari oleh orang-orang di negeri selatan terutamanya Melaka. Di sini kami kongsikan resepi asam pedas ikan simple dan sedap ini khas untuk anda. Biasa lauk atau resepi asam pedas ikan ini menggunakan ikan kembong, pari, ikan merah dan sebagainya.

Bahan A (Resepi Asam Pedas Ikan)

3 Ekor Ikan Kembong ( Boleh juga digunakan ikan pari, ikan merah)

1 biji tomato

Sedikit Daun Kesum

8 Biji bendi

Garam Secukup Rasa

½  Cawan air asam jawa

2 ½ Cawan Air

 

Bahan A – Dikisar(Resepi Asam Pedas Ikan)

18 Tangkai Cili Kering (Mengikut tahap kepedasan diingini)

2 labu bawang besar

3 Ulas bawang putih

Sedikit serbuk kunyit

resepi asam pedas ikan simple

Cara-Cara Memasak Resepi Asam Pedas Ikan Simple Ini:

  1. Bersihkan ikan dan tomato dipotong empat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan Bahan B (Bahan kisar) sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air  dan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan, garam(secukup rasa), daun kesum dan bendi. Kacau dan biarkan bahan mendidih.
  5. Masukkan tomato dan masak selama 10 minit.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.