Petua Sembelit Bayi (Petua Bayi susah berak)

Petua Sembelit Bayi khas buat baby yang susah untuk berak ini banyak ditanyakan dalam forum mahupun blog. Terdapat beberapa petua dan tips yang kita boleh amalkan jika bayi anda mengalami sembelit. Pertama kita perlu tahu kenapa sembelit ini terjadi. Biasanya sembelit bayi ini terjadi buat bayi yang berumur 6 bulan ke atas dimana bayi sudah mula makan.

Petua Sembelit Bayi (Petua Baby susah berak)

Petua Sembelit Bayi (Petua Baby susah berak)

Antara punca berlakunya sembelit pada bayi:

  1. Usus bayi terkejut kerana diberi makan makanan berbentuk pepejal secara terus. Kemungkinan usus bayi belum bersedia. Seeloknya bagi permulaan menperkenalkan makanan kepada bayi adalah lebih baik dimulakan dengan puree buah-buahan ataupun bijiran tinggi serat. Tidak bagus bayi 6 bulan diberi terus bubur nasi walaupun ianya dikisar. Ini kerana nasi itu tinggi dengan karbohidrat dan kurang mengandungi serat.
  2. Air yang kurang. Pengambilan air yang kurang boleh mengakibatkan sembelit bayi dan menyebabkan bayi susah berak.
  3. Sukatan susu formula yang tidak betul juga boleh menyumbang kepada berlakunya sembelit pada bayi anda.

Tanda bayi sembelit:

  1. Najis keluar dalam bentuk ketulan dan keras menyebabkan bayi susah berak.
  2. Kekerapan bayi membuang najis kurang dari kebiasaannya.
  3. Bayi tidak aktif dan kelihatan tidak selesa.
  4. Perut terasa keras.
  5. Kembung pada perut bayi.
  6. Bayi kelihatan susah untuk meneran membuang najis.

Petua Sembelit Bayi (Petua Baby susah berak)

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________
  1. Untuk bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas yang telah diberi makanan berbentuk pepejal bolehlah ditambah dengan sayur dan buah-buahan dimana ia dikisar bersama sekaligus menambahkan kandungan serat di dalam makanan tersebut.
  2. Baringkan bayi anda. Angkatkan kaki dan gerakkan kakinya seakan-akan sedang mengayuh. Tolakkan kepala lutut bayi ke perut atau dadanya. Buat perlahan-perlahan beberapa kali.
  3. Galakkan lebih banyak gerakan dan aktiviti fizikal buat bayi anda. Kekurangan aktiviti fizikal juga antara yang menyebabkan berlakunya sembelit pada bayi.
  4. Sapukan minyak bayi pada perut. Urutkan perlahan-lahan perut bayi anda dengan gerakan berbentuk bulatan. Lakukan mengikut arah pusingan jam sebanyak 30 kali dalam beberapa minit.
  5. Boleh cuba berikan jus buahan seperti oren,epal atau prune. Namun jangan beri terlampau banyak kerana jus berlebihan tidak elok buat bayi.
  6. Banyakkan pengambilan makanan berserat seperti pisang,prun,aprikot atau sayur-sayuran.
  7. Rendam bayi anda di dalam air suam. ia membantu melegakan perut bayi seterusnya mempermudahkan proses pembuangan najis.
  8. Berikan air masak yang mencukupi buat bayi anda.
Sekiranya langkah-langkah di atas tidak berkesan, anda perlu menggunakan kaedah perubatan moden. Antara contoh ubat yang boleh digunakan adalah ubat air pancutan yang perlu dimasukkan melalui lubang dubur bayi yang mengalami sembelit. Namun ianya tidak digalakkan digunakan selalu kerana jika digunakan selalu ia akan memberi kesan kepada otot dubur bayi bagi membuang najis secara semulajadi.
ubat sembelit bayi susah berak

ubat sembelit bayi susah berak

Selain itu jika ianya tidak membantu, anda boleh berikan bayi anda ubat melembutkan najis jenis “Lactulose” yang biasa boleh didapati di farmasi. Dapatkan info dos yang sesuai mengikut umur bayi anda dari ahli farmasi dan kesan ubat ini biasanya dapat dilihat selepas 3-4 jam.
Ubat Lembut Najis Untuk Bayi Sembelit

Ubat Lembut Najis Untuk Bayi Sembelit

Jika masalah berterusan bagi jangka masa yang panjang, seeloknya anda perlu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.
Sumber Petua: Dr. Zubaidi  &  Utusan Malaysia.
Facebook Comments