Petua Rawat Sakit Jantung, Jantung Tersumbat,Kolestrol Tinggi (MUJARAB)

Mencegah sakit jantung (Makanan dan petua rawat sakit jantung tradisional) ini dikongsikan khas buat anda. Semua sedia maklum penyakit jantung di kalangan rakyat malaysia semakin meningkat. Pemakanan yang tidak sihat banyak menyumbang kepada peningkatan pesakit jantung di negara ini. Makanan yang kaya dengan Omega 3 merupakan antara makanan yang baik bagi mengelak anda dari menghidapi penyakit jantung.

Petua Rawat Sakit Jantung, Jantung Tersumbat,Kolestrol Tinggi

Petua Rawat Sakit Jantung, Jantung Tersumbat,Kolestrol Tinggi

PETUA RAWAT SAKIT JANTUNG

Bahan-bahan

1 cawan Jus lemon
1 cawan Cuka Epal
1 cawan Jus Bawang Putih
1 cawan Jus Halia
3 cawan Madu Asli.

Cara buat jus bawang putih & Halia
Bawang Putih & Halia ditoskan/direndamkan sekejap di dalam air panas. Kemudian, ambil bawang putih/halia yang ada sedikit air yang melekat padanya. Mesinkan ia menggunakan blender jus dimana hampasnya dibuang. Anda hanya ambil jusnya sahaja.

Untuk mendapatkan secawan jus anda mungkin perlukan dalam 2 kg bawang putih/halia. Disini kita hanya perlukan jusnya sahaja. Selain itu jangan campurkan air di dalam blender.

Cara membuat jus sakit jantung

– Campurkan kesemua bahan dari 1 hingga 4 diatas tadi.
– kemudian, masukkan ke dalam periuk & masakkan di atas api sederhana dalam lebih kurang 20 minit.
– Sentiasa untuk mengelakkan ianya daripada berkerak.
– Setelah ia masak alihkan ke dalam bekas yang bersih. Biarkan ia sejuk dalam lebih kurang 30 minit.
– Setelah sejuk, campurkan 3 cawan madu asli dan ia sudah boleh diminum.

Sukatan Untuk Diminum

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

– Mengikut resipi asal ia hendaklah diminum sekali sehari dengan 3 sudu teh selepas bangun tidur pada waktu perut kosong.
– Namun bagi yang belum ada sakit jantung namun merasakan dada atau jantung tidak selesa atau laju boleh mengamalkan 1 sudu teh sahaja untuk setiap sehari.

Jika Petua Rawat Sakit Jantung, Jantung Tersumbat,Kolestrol Tinggi tradisional ini berkesan dan membantu silakan share untuk kebaikan ramai ye.

Makanan Terbaik Mencegah Sakit Jantung

1. Oat
Pengambilan semangkuk oat panas sangat kaya dengan asid lemak omega 3, kalium dan folat. Oat kaya dengan serat yang berkemampuan menurunkan kadar kolestrol tidak sihat sekaligus menhalang pembentukan plak pada dinding arteri anda.

2. Minyak zaitun
Pengambilan minyak zaitun baik untuk jantung. Minyak zaitun mengandungi lemak tunggal yang tidak tepu dan ianya alternatif terbaik kepada mentega.

3. Kekacang
Kekacang seperti badam dan walnut bagus dalam mencegah risiko serangan sakit jantung.
4. Bayam
Sayur bayam mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk jantung seperti serat, lutein, folat dan kalium.
5. Avokado
Avokado kaya dengan lemak tunggal tidak tepu di mana ia mampu menurunkan kadar kolestrol. Ia juga meningkatkan penyerapan karotenoid seperti lycopene dan betakaroten yang oenting bagi kesihatan jantung anda.

6. Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia adalah rendah lemak.

7. Buahan Berries
Strawberi, blueberi, raspberi dan buahan jenis beri kaya dengan anti radangan dimana ia berfungsi membantu mengurangi risiko kanser dan penyakit jantung.

8. Kacang peas
Amalkan pengambilan kacang peasseperti kacang hitam dan kacang merah bagi mengekalkan kesihatan anda.

 

Sumber : Google dan Dusun Saya

Facebook Comments