Petua Mengubati Bisul Dengan Berkesan (MUDAH)

Petua mengubati bisul khas buat anda. Bisul memang merimaskan dan pasti anda pernah mengalaminya. Ada kalanya ia besar dan ada kalanya ia kecil. Bisul biasanya terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman pada liang folikel rambut. Antara bahagian yang biasanya terjadi bisul adalah di kawasan muka,leher,ketiak,bahu,punggung mahupun peha. Di sini kami akan kongsikan petua mujarab bagi mengubati bisul.

Petua Mengubati Bisul

Petua Mengubati Bisul

Petua Mengubati Bisul

Antara petua merawat bisul yang anda boleh amalkan adalah seperti di bawah :

1. Cuka
Dapatkan segumpal kapas dan celupkan kapas itu ke dalam cuka makan sehingga ia meresap. Sapukan pada keliling bisul anda pada setiap malam. Lakukan sehingga bisul itu sembuh.

2. Bawang Putih
Ambil beberapa ulas bawang putih dan tumbukkan bawang putih itu sehingga hancur. Anda perlu tepekkan pada bahagian bisul itu dan balutkan dengan kain supaya ia tidak jatuh. Biarkan ia sampai kering. Ulang langkah ini sehingga bisul hilang.

3. Beras dan kunyit hidup
Ambil segenggam beras bersama-sama dengan beberapa kunyit hidup. Rendamkan di dalam air selama 1 jam. Buang dan toskan air tadi. Tumbuk kunyit hidup dan beras sehingga ianya menjadi lumat. Tampalkan pada bahagian badan yang mengalami bisul sehingga kering. Lakukan berulang kali sehingga bisul sembuh.

4. Daun Sirih
Kunyahkan daun sirih dan tepekken ia pada bahagian bisul. Biarkan ianya kering dan ulang lagi sehingga bisul surut dan sembuh.

Petua mengubati bisul ini hanya menggunakan bahan-bahan yang memang mudah untuk didapati dan semoga ianya bermanfaat buat anda. Namun apa yang penting bagi mengelakkan berlakunya bisul, anda perlu menjaga kebersihan diri dari masa ke semasa. Mencegah lebih elok dari mengubati.  🙂

No Responses