Petua Melayu Dalam Menjaga Kesihatan

Petua melayu dalam menjaga kesihatan telah banyak dilupakan oleh generasi muda masa kini. Kebanyakan daripada kita tidak lagi mengamalkan petua-petua ini dan ada yang langsung tidak tahu akan petua-petua ini. Di sini kami kongsikan 5 petua melayu dalam menjaga kesihatan badan yang di amalkan sejak dari zaman dahulu lagi.

Petua Melayu Dalam Menjaga Kesihatan

Petua Melayu Dalam Menjaga Kesihatan

Petua Melayu Dalam Menjaga Kesihatan

1. Amalkan mandi pada awal pagi iaitu sebelum subuh atau sekurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk mandian yang meresap ke dalam badan anda boleh membantu mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan.

2. Pada waktu solat subuh, adalah disunatkan supaya bertafakur (sujud dalam sekurang- kurangnya 1 minit selepas anda membaca doa). Ini membantu menghindarkan amda daripada mengalami pening kepala dan migrain. Perkara ini telah telah disahkan oleh para cendekiawan dan para saintis yang telah membuat kajian mengapa dalam sehari kita perlu melakukan sujud. Para saintis  menemui beberapa milimeter ruang udara di dalam saluran darah di kepala kita yang tidak dipenuhi dengan darah. Dengan adanya sujud, ia membantu mengalirkan darah ke kawasan ruangan tersebut.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

3. Nabi kita Rasulullah s.a.w. mengamalkan meminum 1 gelas air sejuk pada setiap pagi. Ia mampu membantu pencernaan dan menyegarkan badan dan tubuh anda.

4. Rasulullah s.a.w mengajar amalan memakan makanan dengan menggunakan tangan dan setelah selesai makan maka hendaklah menjilat jari tersebut. Ahli sains mengesahkan bahawa pada celah jari mengandungi enzim yang banyak iaitu 10 kali lebih banyak daripada air liur. Enzim ini baik untuk pencernaan anda.

5. Jangan makan makanan laut bercampur dengan makanan darat. Rasulullah s.a.w juga pernah melarang daripada memakan susu bersama ikan dimana ia dikhuatiri akan memudahkan anda dijangkiti penyakit. Perkara ini telah disahkan oleh para saintis dimana  mereka menemui bahawa  ayam mengandungi ion positif manakan ikan mengandungi ion negatif. Jika anda memakan ikan dan ayam bersama maka tindakbalas biokimia akan berlaku dan ia tidak bagus kepada usus kita.

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini Petua Halau Semut Yang Berkesan

 

Facebook Comments