Petua Kempiskan Perut Buncit & Selepas Bersalin (Petua MUJARAB)

Anda mengalami masalah perut buncit selepas bersalin? Ataupun anda memang buncit? Apakah cara berkesan dan bagaimana untuk mengempiskan perut anda. Anda boleh cuba Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin ini dan lihat kesannya.

Anda tidak perlu cuba produk kurus yang mahal dipasaran di mana keberkesanannya diragui , malah penuh dengan bahan kimia yang boleh memudaratkan kita. Petua kempiskan perut ini telah diamalkan sejak turun temurun lagi dan ianya biasa digunakan oleh ibu selepas bersalin. Namun petua kempiskan perut ini juga berkesan untuk anda yang belum mengandung dan juga kepada lelaki.

Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

Tips Kempiskan Perut Perempuan & Selepas Bersalin

Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

Bahan Untuk Kempiskan Perut Buncit

Minyak Zaitun atau apa-apa minyak yang anda ada
Kapur Sirih
Limau Nipis

Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat

1. Sapukan minyak pada perut anda. Sapukan minyak dahulu bagi mengelakkan berlakunya kegatalan pada kulit perut anda.

2. Sapukan kapur sireh pula ke perut anda.

3. Ratakan kapur sireh itu.

4. Perahkan limau nipis dan sapukanpada perut.

5. Untuk kesan yang terbaik pakaikan bengkung.

Dengan mengamalkan petua ini anda akan merasa hangat atau panas pada perut. namun ia panas yang sedap. Untuk dapatkan kesan perut yang kempis anda perlukan amalkan petua ini selalu. Jangat buat sehari dua sahaja dah nak tengok keputusan yang gempak. Kena sabar dan rajin.

Amalkan senaman ringan pada perut dan jaga pemakanan anda untuk hasil yang optimum. Selain itu anda juga boleh kurangkan makan sebelum pukul 7 malam. Jika lapar anda boleh makan roti,biskut dan sebagainya. Badan kurus dan perut anda menjadi kempis. Pasti anda tersenyum gembira 🙂

Petua asal dari puan ShyDa LamBri dan diolah semula oleh kami untuk memudahkan pemahaman petua mnegempiskan perut ini.

P/S: Setelah anda baca tips kempiskan perut dengan cepat ini anda juga mungkin berminat membaca berkaitan Petua Melayu Dalam Menjaga Kesihatan

Comments

  1. By Hariz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge