Petua Wow Bagaimana Hilangkan Parut Jerawat

Bagaimana hilangkan parut jerawat? Ada banyak cara namun cara seeloknya elakkan produk kosmetik kerana ia mengandungi banyak bahan kimia.

Parut jerawat memang kadang-kala agak memalukan namun anda tidak perlu risau kerana ianya boleh ditangani dengan mengamalkan petua-petua tradisional yang telah diamalkan oleh masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Amalkan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang sememangnya selamat dan tidak memberi kesan sampingan pada kulit muka kita.

Bagaimana Hilangkan Parut Jerawat

Parut Jerawat

Petua Bagaimana Hilangkan Parut Jerawat

Penggunaan kayu manis memang terbukti dalam menghilangkan parut jerawat. Di sini kami kongsikan  cara menggunakan bagi menghilangkan kesan parut jerawat menggunakan kayu manis.

  1. Tumbuk halus kayu manis sehingga ianya menjadi serbuk
  2. Serbuk itu disapukan pada muka anda.
  3. Biarkan ianya dalam 5 ke 30 minit.
  4. Bilaskan dengan air bersih.
  5. Lapkan muka anda dengan tuala lembut yang bersih.
  6. Amalkan petua ini dalam 2 ke 3 hari sekali.

Penggunaan kayu manis ini juga boleh digunakan bagi menghilangkan parut.parut lain juga. Selamat mencuba dan anda juga mungkin berminat membaca artikel Bagaimana Mengatasi Kulit Berminyak.