Petua Bagaimana Halau Semut Yang Berkesan

Petua bagaimana halau semut ini memang berkesan dan ada 6 cara yang anda boleh praktikkan bagi menghalau semut. Bahan-bahan yang digunakan amat mudah didapati dan telah terbukti sekian lama. Admin pun baru tahu petua bagaimana menghalau semut ni. Memang berkesan dan selamat mencuba.

petua bagaimana halau semut

petua bagaimana halau semut

PETUA BAGAIMANA HALAU SEMUT

1. Gunakan Cili kering
Anda hanya perlu letakkan beberapa tangkai (mengikut saiz bekas) cili kering kepada bekas menyimpan gula. Cili kering ini akan menhindarkan semut daripada mendekati gula yang anda simpan.

2. Gunakan Kulit telur :
Ambil kulit telur dan bakarkannya sehingga menjadi abu. Tabur abu kulit telur tadi pada kawasan laluan semut di rumah anda atau tempat semut banyak dilihat.

3. Gunakan Daun sirih :
Ambil daun sireh dan siatkan beberapa helai daun tersebut dan taburkan ke kawasan laluan semut atau tempat yang banyak semut.

4. Gunakan Bawang merah :
Cuba anda masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula anda tanpa perlu mengupas kulit bawang tersebut.

5. Gunakan Asam gelugur :
Ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping)  atau beberapa kuntum bunga cengkih  dan masukkan ke dalam bekas gula anda bagi menghalau dan menjauhkan semut. Bau bunga cengkih atau asam keping itu tidak akan menukar atau menghilangkan rasa manis gula anda.

6. Gunakan Minyak masak :
Celup kain anda yang bersih ke dalam minyak masak dan ikatkan kain tersebut pada tempat yang sering dikerumuni semut.

 

Kesemua keenam-enam petua menghalau semut ini terbukti berkesan dan semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

 

Selamat mencuba petua menghalau semut ini.

No Responses