Persediaan Bersalin dan Keperluan Bersalin Bagi Ibu

Persediaan bersalin merangkumi persediaan sebelum bersalin, barang keperluan bersalin, barang selepas bersalin, keperluan ibu bersalin, keperluan bayi dan apa yang suami perlu sediakan. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda berkaitan persediaan bersalin dan keperluan bersalin yang wajib disediakan oleh bakal ibu dan ayah.

 

Persediaan Bersalin dan Keperluan Bersalin Yang Perlu Ada (WAJIB)

 

Bagi anda sebagai ibu yang bakal bersalin, anda perlu sediakan barang-barang seperti beikut:-

  • Buku merah hospital
  • Sehelai tuala mandi
  • 2 t-shirt lengan panjang
  • Kertas mengandungi doa-doa untuk ibu bersalin
  • 2 kain batik
  • 1 baju sejuk
  • 4 keping tuala wanita bersalin
  • 2 pasang sarung kaki/stokin
  • 5 seluar dalam pakai buang
  • 3 pakaian dalam ibu bersalin (khas untuk menyusu)
  • tudung
  • bengkung
  • minyak panas
  • sabun mandi, bedak, dan pewangi
  • berus gigi dan ubat gigi
  • pelapik baju dalam (lapik coli)
  • penyikat rambut
  • skirt labuh (Disediakan untuk dipakai semasa balik)
  • biskut / roti
  • selipar toilet

 

persediaan bersalin dan keperluan ibu bersalin

Persediaan bersalin dan keperluan ibu bersalin

Persediaan bagi keperluan bayi anda selepas bersalin adalah seperti berikut:-

  • 2 pasang baju lengan pendek utk sicomel
  • pampers
  • 2 pasang sarung kaki dan sarung tangan baby
  • 2 pek kecil baby wipe
  • 2 barut
  • sapu tangan
  • selimut bayi
  • 1 helai tuala mandi
  • 2 pasang baju lengan panjang (standby kalau baby sejuk)
  • topi bayi
  • minyak bayi
  • losen
  • bedak
  • minyak yuyi / telon
  • plastik beg untuk baju kotor
  • baby bath head to toe

Persedian bagi suami semasa ibu bersalin

  • kamera/handphone berkamera
  • baju sepasang dengan seluar
  • handphone dan charger
  • topup prepaid dalam 2 ke 3 keping
  • kain pelikat
  • duit untuk bil hospital
  • berus gigi dan minyak wangi
  • GL bagi yang bekerja kerajaan
  • tuala mandi

 

Comments

  1. By Oneblogsocial

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge