5 Perkara Penting Yang Anda Terlupa Semasa Blogging

Perkara Penting Yang Anda Terlupa Semasa Blogging ialah? Keterujaan anda untuk menghasilkan blog anda kadang kala anda terlupa untuk mempertimbangkan beberapa perkara penting yang mungkin anda sesali di kemudian hari. Perkara-perkara tersebut amat penting dan anda perlu memastikan anda melakukan semuanya bagi memastikan anda menjadi blogger yang bagus.

 

perkara penting semasa blogging

 

Perkara Penting Semasa Blogging

 

# 1 Blog hosting

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah kelebihan mempunyai blog dengan domain sendiri. Blog percuma seperti wordpress dan blogspot amat popular namun jika anda lebih komited maka anda bolehlah menggunakan domain sendiri dan bukan blog yang di hostkan oleh wordpress dan blogspot. Dengan mempunyai domain dan hosting sendiri anda mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap blog anda. Sebagai contoh jika blog anda di host oleh hosting dan domain percuma maka kebarangkalian blog anda di delete boleh berlaku.

 

# 2 Backup

Backup adalah sangat penting. Bayangkan anda telah bersusah payah menulis dan tiba-tiba berlaku error ataupun blog anda di hack. Anda mungkin terpaksa bermula semula dari awal, namun sekiranya anda mempunyai backup maka anda tidak perlu risau perkara ini terjadi kepada anda.

 

# 3 Google Analytics

Semasa anda mula menulis blog anda mungkin tidak tahu siapa melawat blog anda dan apakah yang mereka baca dan lihat. Pemasangan analytics boleh membantu anda mengenalpasti pelawat dan artikel blog anda yang menarik pelawat.

 

# 4 Traffic

Traffic adalah amat penting. Blog yang menarik adalah tidak berguna sekiranya anda tidak dapat menarik traffic dan pelawat ke blog anda. [ Baca bagaimana meningkatkan traffic blog anda 250% ]

 

# 5 Kandungan

Pastikan kandungan blog anda menarik dan dalam gaya bahasa yang mudah difahami. Pastikan juga format blog anda adalah teratur dan menarik

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge