Pemain Terbaik Dunia 2013 (LENGKAP)

Pemain terbaik dunia 2013  belum diketahui lagi kerana baru permulaan musim bagi setiap liga. Namun begitu, calon-calon sudah dikenalpasti dan para peminat bola sepak amat mengagumi kehebatan dan skill para pemain-pemain bola sepak terbaik dunia yang kebanyakannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Di sini kami ingin menyenaraikan semua pemain terbaik yang kami kumpulkan berdasarkan pengamatan kami terhadap permainan mereka di padang.

 

Pemain Terbaik Dunia 2013 Tahun Ini

 

1. Lionel Messi

pemain terbaik dunia 2013 messi

Pemain terbaik dunia 2013 messi

Pemain yang sangat digeruni lawan dan pada masa kini bermain di posisi penyerang pasukan Barcelona. Setakat ini messi telah memecahkan rekod dunia dengan menjaringkan 91 gol pada tahun 2012. Buat masa ini, messi adalah pemain terbaik dunia 2012 dan telah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak 4 kali. Adakah beliau akan meraih gelaran pemain terbaik dunia 2013??

 

2. Cristiano Ronaldo

Pemain terbaik dunia christiano ronaldo

Pemain terbaik dunia 2013 christiano ronaldo

Christiano Ronaldo merupakan pemain yang amat lincah dan bijak membawa yang kini bermain di pasukan Real Madrid. Skill mengelecek dan larian pantasnya amat hebat dan dikagumi ramai dan beliau merupakan saingan messi yang paling hebat.

 

3. Radamel Falcao

Terbaik radamel falcao

Pemain Terbaik Dunia 2013 radamel falcao

Radamel Falcao adalah antara penyerang terbaik yang menjadi rebutan banyak pasukan dan kini menyarung jersi pasukan atletico madrid. Penyerang profilik ini amat bijak semasa berada di kubu lawan dengan gemar melakukan tendangan lencong membolosi gawang gol.

 

4. Robin Van Persie

Robin-Van-Persie-bersama-Sir-Alex-Ferguson

Robin-Van-Persie-bersama-Sir-Alex-Ferguson

Robin Van Persie telah menjadi aset penting bagi Manchester United setelah berpindah dari arsenal dan setakat ini menjadi penjaring yang digemari oleh AlexFerguson. Kebolehan dan kehebatannya dipadang membantu man united mengungguli carta liga perdana inggeris.

 

5. Andreas Iniesta

andres iniesta calon pemain terbaik dunia

Andres iniesta calon pemain terbaik dunia

Andreas iniesta adalah pemain penting bagi pasukan barcelona dan beliau merupakan pemain tengah dan sayap yang amat berkesan. Kawalan bola dan hantarannya amat tepat dan beliau juga merupakan antara penjaring yang sangat bagus.

 

6. Mesut Ozil

Mesut Ozil midfield terbaik dunia

Mesut Ozil midfield terbaik dunia

Mesut Ozil adalah seorang pemain tengah yang berasal daripada jerman dan telah menarik perhatian seluruh dunia pada piala dunia yang lalu. Beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan kini bermain di pasukan Real Madrid sebagai attacking midfielder yang merupakan aset utama pasukan pada masa ini.

 

7. Zlatan Ibrahimovic

zlatan ibrahimovic

Pemain yang berasal dari sweden ini bermain untuk pasukan Paris Saint Germain dan merupakan pemain yang mempunyai penyudah yang baik dan tangkas di udara. Beliau telah bermain untuk pasukan negaranya sejak tahun 2001 sehingga kini menjaringkan 39 gol untuk negaranya.

 

8. Didier Drogba

didier drogba galatasaray

Didier drogba galatasaray

Bekas pemain chelsea yang telah berpindah dari Shanghai Shenhua ke Galatasaray ini merupakan penyerang yang pantas dan tangkas semasa membawa bola. Kebolehannya menjaringkan gol menjadikannya rebutan pasukan-pasukan luar.

 

9. Wayne Rooney

Wayne Rooney 2013

Wayne Rooney 2013

Penyerang pasukan England dan Manchester United ini mempunyai sepakan yang tajam dan larian yang pantas menjadikan dirinya aset paling penting pasukan.

 

10. Sergio Aguero

Sergio_Aguero 2013

Sergio_Aguero 2013

Menantu Diego Maradona ini bermain untuk pasukan Manchester City dan merupakan penyerang utama pasukan ini. Nama sebenar Sergio Aguero yang sebenar dalam bahasa sepanyol ialah Sergio Leonel “Kun” Agüero del Castillo.

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: