Bagaimana Memilih Nama Untuk Blog Anda

Memilih nama untuk blog adalah sesuatu yang amat penting bagi seseorang blogger yang ingin memiliki nama domain sendiri seperti domain .com, .net, .org dan sebagainya. Nama blog yang sesuai perlu dipilih bagi memastikan anda tidak mengalami kesukaran dalam menarik pelawat unik ke blog anda.

 

bagaimana memilih nama blog terbaik

bagaimana memilih nama untuk blog terbaik

 

Bagaimana Memilih Nama Untuk Blog Yang BagusĀ 

 

Di sini terdapat beberapa tips penting yang akan kami terangkan bagi memudahkan anda memilih nama untuk blog atau domain yang bagus untuk anda. Antaranya ialah :

 

1) Berkaitan

Pastikan nama untuk blog anda atau domain anda itu memberi tafsiran sebenar akan perkara yang anda tulis di dalam blog itu. Nama blog yang bagus dan terbaik haruslah melambangkan tujuan utama blog anda di mana anda harus ingat bahawa pelawat akan menganggap akan isi kandungan blog anda sekilas lalu dengan hanya melihat nama blog anda sahaja.

 

2) Mudah

Pastikan nama untuk blog anda itu tidak panjang dan mudah untuk diingati. Nama domain yang bagus haruslah mempunyai nama yang simple dan mudah diingati.

 

3) Panjang Nama Blog

Sebaik-baiknya nama blog anda tidak melebihi 2 patah perkataan. Ini bagi mengelakkan kesukaran kepada peninat blog anda untuk mengingati blog anda.

 

4) Nama Domain

Nama domain yang terbaik ialah yang menggunakan nama domain antarabangsa iaitu .com dan ia adalah sangat digemari oleh enjin carian seperti google. Selain itu anda juga boleh memilh nama domain yang lain seperti .net, .org dan sebagainya. Bagi target yang lebih tertumpu kepada sesebuah negara maka anda bolehlah menggunakan nama domain country seperti .com.my dan sebagainya.

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: