Bagaimana Mengelak Terjebak Multi Level Marketing (MLM)

Mengelak Terjebak MLM? Adakah anda ingin mengelak daripada terjebak MLM. Anda ingin selamat dan lindungi wang anda. Multi Level Marketing atau MLM sejak kebelakangan ini telah menjadi fenomena di kalangan rakyat malaysia di mana setiap pelabur mengimpikan pulangan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang amat singkat. Bagi seseorang yang tidak mempunyai kekuatan diri yang kuat dan menginginkan keuntungan mudah, maka ia amat mudah dipengaruhi dan ditipu oleh sindiket MLM. Jadi bagi mengelak diri anda dari dipengaruhi dan terjebak dengan skim mlm anda bolehlah menggunakan panduan dan tips di bawah.

 

 

mengelak terjebak mlm

 

Mengelak Terjebak MLM (Multi Level Marketing)

 

# 1 Lesen

Tanyakan kepada mereka adakah syarikat dan individu tersebut mempunyai lesen mengumpul wang dari orang ramai.

 

# 2 Semak

Jika ya jawapannya maka anda hendaklah menyemak kepada Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan lesen dan perniagaan syarikat MLM tersebut.

 

# 3 Risiko

Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong yang mengatakan pelaburan itu tiada risiko. Jika tiada risiko maka ia adalah satu skim pelaburan yang tidak logik.

 

# 4 Mudah

Bagi mengelak terjebak mlm anda perlu faham bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya. Sekiranya rakan yang ingin merekrut anda menyertai MLM di bawah mereka  maka tanya mudahkah untuk untung dengan MLM. Bagaimana mencari downline dan sebagainya. Sebenarnya ia tidak mudah dan kadang kala mustahil bagi orang yang tidak pandai berbicara dan menipu orang.

 

# 5 Pulangan Tetap

janji MLM yang biasa ialah anda pasti akan mendapat pulangan yang tetap setelah mematuhi syarat-syarat tertentu atau telah mempunyai downline yang mencukupi. Anda perlu ingat tiada perniagaan atau pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan yang tetap. Setiap sesuatu itu ada untung dan rugi, jatuh dan bangun, dan anda perlu tahu perkara ini.

 

# 6 Cek / Penyata Bank

Biasanya anda akan ditunjukkan  salinan cek atau penyata bank bagi mereka yang mendapat keuntungan daripada pelaburan mereka dan biasanya cek atau penyata bank yang ditunjukkan bagi masa yang singkat. Cuba anda minta salinan cek dan penyata bank bagi mereka yang menikmati pulangan keuntungan selama 5 tahun.

 

# 7 Syariah

Adakah skim pelaburan MLM tersebut mempunyai panel penasihat syariah. Jika ya anda perlu mendapat no telefon penasihat syariah  tersebut bagi mendapatkan pengesahan.

 

# 8 Pinjaman

Sekiranya upline yang cuba merekrut anda  menjadi downline MLM mereka dengan membuat pinjaman bank maka anda perlu berhati-hati. Biasanya mereka akan mengalakkan anda membuat pinjaman dan melabur dengan jumlah yang terbesar bagi mendapatkan pulangan yang cepat. Mereka akan bersungguh-sungguh sehingga ada bersedia menguruskan urusan pinjaman bank anda. Cuba anda kata anda tidak ingin meminjam bank, anda ingin meminjam duit dari upline anda itu. Dia pasti sudah untung banyak dan konsisten. Katakan anda akan membayar daripada keuntungan tetap yang dijanjikannya. Pasti dia akan pergi dan tidak menganggu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge