Mengapa Wanita Mudah Menangis (Realiti Bukan Auta)

Mengapa Wanita Mudah Menangis dan mudah berasa sedih? Tangisan merupakan sesuatu yang dikatakan sinonim dengan wanita dan tangisan itu juga merupakan senjata paling ampuh dalam menundukkan lelaki. Di sini kami akan menerangkan serba sedikit mengapa perempuan dan wanita mudah menangis.

Mengapa Wanita Mudah Menangis

1. Faktor Hormon

Mengikut kajian yang telah dilakukan hormon wanita adalah lebih mudah dalam keadaan tidak stabil terutamanya apabila pada waktu datang bulan. Tekanan  yang biasa bagi mereka kadang kala akan berubah menjadi suatu tekanan yang besar di mana ia boleh membuatkan mereka menangis. Kebanyakan wanita bersetuju bahawa mereka lebih kerap untuk menangis pada waktu datang bulan/haid. Dinasihatkan supaya jangan memberi sebarang tekanan kepada mereka kerana pada masa ini lebih sensitif daripada biasa.

2. Tujuan Manipulasi

Adakah anda sedar bahawa kebanyakan daripada wanita percaya dan yakin akan kenyataan bahawa lelaki itu lemah terhadap tangisan air mata mereka. Kepercayaan ini telah lama diketahui  sejak dari dahulu lagi dan ada sesetangah wanita menggunakannya untuk memanipulasi keadaan supaya memihak kepada mereka. Mereka juga sangat yakin bahawa seseorang lelaki itu pasti sanggup melakukan apa pun hanya untuk memberhentikan teangisan mereka.

 

 

mengapa wanita suka menangis
mengapa wanita suka menangis

 

3. Faktor Kemarahan 

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Wanita adalah sama sekali tidak sama seperti kaum lelaki, wanita itu lebih cenderung  meluahkan perasaan marah  melalui tangisan. Ini adalah sifat semulajadi bagi setiap wanita. Wanita menangis dan marah biasanya kerana anda melakukan sesuatu  yang mereka tidak sukai. Majoriti wanita bersetuju bahawa mereka merasa lebih tenang setelah meluahkan kemarahan melalui tangisan. Tangisan disebabkan kemarahan juga dianggap salah satu cara terbaik baik mengatasi emosi amarah mereka.

 

3. Faktor Memori

Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai pemikiran yang sangat kompleks berbanding lelaki. Sebagai contoh, ketika anda sedang bergelak ketawa  dan secara tiba-tiba sahaja mereka akan mengingati akan kenangan lalu sekaligus menyebabkan mereka menangis. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kebanyakan wanita lebih kerap mengingati akan setiap detik hidup yang mereka lalui selama ini berbanding dengan kaum lelaki. Tuhan telah mengurniakan mereka  memori yang kuat bagi mengingati setiap kenangan bagi membolehkan mereka muhasabah akan perkara-perkara yang dialami.

 

4. Faktor Emosi 

Pemikiran  wanita itu terlalu mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding akal fikiran. Mereka selalu secara automatik akan mengekspresikan akan satu tindakan itu berdasarkan emosi yang mereka hadapi, berbanding pula dengan lelaki yang sentiasa berusaha mengawal tindakan supaya tidak terikut dengan  emosi mereka sendiri. Ini adalah merupakan perbezaan ketara antara wanita dan lelaki di mana lelaki lebih mementingkan pertimbangan akal fikiran berbanding mengikut nafsu dan emosi.

 

Tangisan adalah sesuatu yang agak asing bagi kaum lelaki namun apabila seseorang wanita itu menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda di sisi mereka. Laksanakan tanggungjawab anda sebaik-baiknya bagi  menenangkan mereka. :)

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *