Mee Hoon Goreng Sedap (RESEPI)

Mee Hoon Goreng ialah makanan biasa bagi rakyat malaysia dan ianya biasa dihidangkan buat makan tengahari mahupun malam. Di sini kami ini berkongsi dengan anda semua cara-cara bagaimana memasak resepi Mee Hoon Goreng yang sedap dengan mudah.

 

Resepi Mee Hoon Goreng (Bahan-bahan)

Sebungkus bihun

5 ulas bawang putih

Cili boh

Udang/ ayam/sotong

Sawi

Sos Tomato

Kicap

Sos Tiram

Taugeh

 

Cara-cara Resepi Mee Hoon Goreng:

1. Rendamkan bihun goreng hingga lembut. Toskan dan asingkan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dihiris nipis. Gaul sehingga garing.

3. Masukkan cili boh. Biarkan dan kacau sehingga masak.

 

mee hoon goreng sedap

Mee hoon goreng sedap

 

4. Tambahkan bahan perisa seperti sedikit sos tomato, sos tiram dan kicap. Gaul rata.

5. Masukkan bahan basah ayam/ udang/ sotong bersama batang sawi. Biarkan sehingga bahan masak dan lembut.

6.  Masukkan satu sudu garam dan 3 sudu gula ( sukatan untuk sebungkus bihun).

7. Masukkan bihun yang direndam tadi. Kacau rata.

8. Masukkan taugeh dan daun sawi. Gaul sehingga masak dan bahan lembut.

9. Sedia dihidangkan.

 

Anda juga boleh menambah bahan hiasan seperti daun sup, daun bawang, tauhu goreng, telur dadar dan bawang goreng.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge