Maggi Goreng Sedap dan Simple (RESEPI)

Maggi Goreng ataupun Maggie goreng amat diminati oleh smue golongan umur tidak mengira umur tua mahupun muda. Resepi maggi goreng mudah untuk disediakan dan ianya tidak mengambil masa yang lama untuk dihidangkan. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat resepi maggi goreng yang enak lagi lazat dengan mudah. Selamat mencuba ya.. ­čÖé ­čÖé

Resepi Maggi Goreng / Maggie Goreng (Bahan-bahan)

2 paket maggi

6 ulas bawang putih

1 ulas bawang besar

5 biji cili padi

Lobak merah

Kobis

TeluR

Ayam

Perisa kari (ambil dari paket maggi)

Sos tiram

 

Cara- cara Memasak Resepi Maggi Goreng / Maggie Goreng:

 

1. Rendamkan maggi. Biarkan sehingga lembut. Angkat dan toskan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, ayam dan cili padi yang dihiris nipis.

3. Masukkan sedikit dan sos tiram dan satu paket serbuk kari.

4. Masukkan gula dan garam sesedap rasa.

5. Tambah sedikit air.

6. Masukkan maggi yang telah ditos tadi. Gaul rata.

7. Masukkan lobak merah dan kobis yang telah dipotong kecil.

8. Kacau bahan sehingga masak dan lembut.

9. Pecahkan telur dalam maggi tersebut dan kacau sehingga hancur. Gaul rata bersama maggi.

10. Sedia dihidangkan.

 

bagaimana masak resepi maggi goreng yang sedap 1

Resepi Maggi Goreng / Maggie Goreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge