Keyword Research Tools Percuma Yang Berkesan

Semua orang tahu bahawa SEO ataupun Search Engine Optimization adalah sesuatu yang amat penting bagi setiap blog. Tanpa teknik SEO yang betul maka blog dan laman web anda tidak akan diindex oleh enjin carian seperti google, yahoo dan sebagainya. Penggunaan Kata Kunci/Keyword yang menepati SEO adalah amat penting bagi memastikan blog anda berada di page pertama carian google. Disini akan kami dedahkan beberapa keyword research tools percuma yang boleh anda gunakan bagi tujuan kajian kata kunci/keyword research yang kami jamin amat berguna untuk anda.

 

Keyword Research Tools Percuma Yang Berkesan

 

Keyword Research Tools Percuma Yang Berkesan

 

# 1 Google Keyword Research Tools

Ia merupakan tools yang paling berguna bagi keyword research yang disediakan oleh Google. Ia akan memaparkan jumlah carian perkataan, carian berkaitan, saingan bagi setiap perkataan dan ayat yang anda cari.

 

# 2 Google Insight

Google Insight akan memaparkan trend dan carian yang semakin meningkat pada masa kini. Ia amat sesuai bagi mengetahui perkataan/keyword yang sedang sensasi pada masa kini.

 

# 3 Word Tracker

Word Tracker akan memaparkan keyword bagi laman web dan blog anda. Ia juga memberitahu berapa banyak laman web lain sedang bersaing bagi sesuatu keyword.

 

 

# 4 Google Analytics

Google Analytics berfungsi dengan memberikan anda maklumat berkaitan laman web/blog anda dan backlink yang memberi trafik kepada laman web/blog anda. Dengan menggunakan analytics dengan efektif anda boleh meningkatkan trafik web anda dengan lebih berkesan.

 

keyword research tools percuma

# 5 Soolve.com 

Laman web soolve amat berguna dalam mencari keyword yang paling tinggi carian dari pelbagai enjin carian dan web. Anda hanya perlu taip keyword anda dan anda akan melihat cadangan carian tertinggi bagi setiap web yang terkenal seperti google,bing, youtube, answer.com, amazon dan wikipedia.

 

Kesemua keyword research tools percuma di atas amat berguna bagi setiap blogger. Pastikan anda menggunakan semua tools yang ada bagi menjadikannya berada di page pertama google. Kami ucapkan selamat berjaya. 🙂

Comments

  1. Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge