Resepi Ketam Goreng Cili
Ketam Goreng Cili merupakan masakan berasaskan hidupan laut iaitu ketam. Penyediaannya amat mudah dan merupakan antara menu yang sedap dinikmati pada waktu tengahari dan malam.
Ketam Goreng Cili (Bahan-bahan):-
4 Ekor Ketam
10 Tangkai Cili Kering
1 Biji Bawang Besar
3 Sudu Sos Cili
2 Sudu Sos Tiram
Garam
Gula
Cara-cara resepi masak Ketam Goreng Cili
1. Bersihkan ketam. Ketam dibelah dua supaya senang digoreng. Gaul rata dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak. Goreng ketam sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Rendam cili kering dengan air panas. Kemudian kisarkan cili kering sehingga halus.
3. Bawang besar dipotong kasar.
4. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar. Kacau sehingga masak.
>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<
5. Masukkan cili kering yang dikisar tadi. Gaul sehingga pecah minyak.
6. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau.
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan ketam yang digoreng tadi. Gaul rata.

Ketam Goreng Cili
9. Angkat. Ketam goreng cili anda sedia untuk dihidang.