Ketahui Cara Mencuci Muka Dengan Betul!(Ramai Yang Salah )

Cara Mencuci Muka Dengan Betul / Cara yang betul untuk membasuh muka. Ramai yang salah cara semasa membasuh muka dan cara yang tidak betul selalunya akan menimbulkan masalah pada kulit muka seperti masalah jerawat,kulit kering,kusam dan sebagainya. Walaupun perkara ini nampak remeh namun ia sebenarnya penting bagi memastikan muka anda segar, cantik dan bersih daripada masalah kulit.

Cara Mencuci Muka Dengan Betul

Teknik cuci muka yang betul

Cara Mencuci Muka Dengan Betul

1. Suhu Air
Suhu air yang tidak betul sebagai contoh sekiranya anda membasuh muka dengan menggunakan air panas. Air panas memang memberi keselesaan pada muka namun ia sebenarnya menyebabkan kulit muka anda menjadi kering. Sebaiknya gunakan air suam bagi membersihkan muka anda.

2. Skrub Muka
Skrub  muka boleh digunakan namun tidak digalakkan menggunakannya dengan kerap. Produk-produk pengelupasan ini sebenarnya berfungsi menanggalkan sel-sel kulit mati dan ia tidak harus digunakan dengan kerap kerana ia boleh merosakkan kulit muka anda. Dicadangkan penggunaan 2 ke 3 kali sahaja dalam seminggu untuk hasil yang terbaik.

3. Menggosok dengan tuala
Jangan amalkan menggosok muka dengan tuala. Amalan menggosok muka anda dengan tuala memang boleh mengeringkan air namun amalan ini boleh menurunkan tahap ke elastikan kulit muka dan boleh mngendurkan ketegangan kulit muka anda. Amalkan amalan memedap/pedap muka dengan tuala daripada amalan menggosok sebelum ini, Selain itu asingkan tuala muka dengan tuala mandi.

4. Urutan muka
Jangan amalkan menggosok atau menyental muka dengan kasar ketika mencuci muka anda. Anda hanya perlu lakukan urutan perlahan daripada bawah ke atas bagi mendapatkan hasil kulit yang tegang dan sentiasa awet muda.

5. Bersihkan makeup
Jika anda menggunakan makeup, jika hanya menggunakan air sahaja atau sabun tidak mampu menghilangkan bekas makeup pada wajah anda. Gunakan cairan makeup remover dahulu sebelum mencuci muka dengan pencuci muka.

Teknik cuci muka dengan betul ini diharap memberi manfaat kepada anda. Akhir sekali, anda juga perlu sentiasa beringat supaya jangan berlebih-lebihan dalam membersihkan muka. Amalan mencuci muka terlalu kerap juga tidak baik untuk kulit muka anda. Selain itu anda juga boleh amalkan Petua Wow Bagaimana Menghilangkan Parut Jerawat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge