5 Penyebab Stress Wajib Diketahui

Stress timbul apabila kita menghadapi keperluan,kehendak,keterpaksaan,tekanan dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan orang menganggap tekanan adalah sesuatu yang buruk namun ia tidaklah benar 100%. Dari sudut positifnya stress membantu anda melakukan kerja lebih cepat namun ia memberi kesan yang tidak baik terhadap minda dan badan anda sekiranya ia melampaui kemampuan anda. Di sini kita akan bincangkan perkara-perkara dan penyebab stress yang biasa dialami oleh semua orang.

 

Ketahui Apakah Penyebab Stress Anda

 

# 1 Masalah Kewangan

Masalah kewangan adalah punca utama yang menyebabkan stress kepada semua orang pada masa kini. Anda dan keluarga anda tidak mampu melakukan sesuatu yang anda inginkan ataupun perolehi disebabkan tidak mempunyai duit yang cukup boleh menimbulkan stress. Selain itu, wang merupakan keperluan utama pada masa kini dan harga barang yang semakin naik menyebabkan wang gaji mahupun pendapatan tidak dapat menampung keperluan perbelanjaan sesebuah keluarga boleh menimbulkan masalah stress yang amat serius.

 

sebab utama penyebab stress terjadi

Sebab utama penyebab stress terjadi

 

# 2 Masalah Kerja

Masalah dan tekanan di tempat kerja adalah punca kedua terbesar yang menyumbang kepada penyebab stress. Anda mungkin stress dengan kerja yang banyak, bos yang banyak kerenah, kerenah pelanggan yang menyakitkan hati, suasana kerja yang tidak seronok dan sebagainya.

 

# 3  Perhubungan

Masalah cinta,keluarga,rakan dan perhubungan antara orang sekeliling juga mampu memberi stress kepada anda.

 

# 4 Kesihatan

Kesihatan amat penting dan kebanyakkan daripada kita selalu risau akan kesihatan tubuh badan kita. Sekiranya anda sakit samaada yang berat seperti sakit jantung mahupun yang ringan seperti demam ianya pasti memberi anda stress kerana anda ingin sembuh dengan cepat dan melakukan tugas seharian dengan gembira.

 

# 5 Provokasi, Sindiran

Selain daripada yang disenaraikan di atas, provokasi dan sindiran juga boleh menjadi penyebab stress kepada anda. Masalah stress ini biasanya disebabkan oleh rakan mahupun keluarga anda sendiri.

 

Kesimpulannya, kita tidak mampu untuk menidakkan stress dan mengatakan kita tidak mengalami stress. Stress pasti berlaku dan apa yang perlu kita lakukan ialah pastikan kita menanganinya dengan bijak dan berhemah. [Baca Bagaimana Cara Mengatasi Stress]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge