Bayi Kerap Menangis? Ketahui 6 Petanda Bayi Ingin Menyusu

Petanda bayi ingin menyusu memang banyak. Bayi anda kerap menangis dan kadang kala anda tidak tahu bayi anda menangis kerana apa. Ada waktunya bayi menangis kerana lapar dan inginkan susu. Di sini kami kongsikan 6 petanda yang perlu anda tahu sebagai petanda bayi ingin menyusu

 

Petanda Bayi Ingin Menyusu

Petanda Bayi Ingin Menyusu

1. Mulut asyik ternganga, terbuka & seperti mencari sesuatu

Alahai memang comel tengok aksi ini tapi itu petanda dia hendak menyusu.

2. Bebola mata bergerak-gerak

Bayi kadang kala mengerakkan bebola matanya sekejap ke kiri dan ke kanan. Ini mungkin salah satu petanda bayi anda ingin menyusu.

3. Menangis kuat

Bayi anda tiba-tiba menangis dengan kuat. Itu adalah tanda bahawa dia betul-betul inginkan susu.

4. Merenggek-renggek  manja

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

Suara simanja merengek manja memberitahu dia lapar!

5. Asyik hisap jari, sarung tangan, tanagn atau apa yang boleh dicapainya

Ini juga adalah salah satu tanda utama bayi anda ingin menyusu atau sedang lapar. Apa sahaja akan disubmatnya kedalam mulut disebabkan perasaan laparnya.

6. Bayi mulai merajuk dengan anda

Bayi anda tidak mahu melekapkan mulutnya pada payudara anda. Bayi anda mungkin sedang merajuk kerana anda lambat memberikannya susu. Elakkan ia terjadi dengan memberinya susu secepat mungkin sebelum sicomel merajuk.

Facebook Comments