Kelebihan iPHONE 5 yang anda perlu tahu?

Apple telah melancarkan koleksi iphone terkini yang berasaskan platform mereka iaitu iOS bagi bersaing dengan telefon pintar lain yang kebanyakannya menggunakan sistem perisian OS Android yang semakin mendapat hati di kalangan pengguna. Apple iPhone 5 setakat ini merupakan antara telefon pintar yang terbaik di pasaran di mana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding pengeluar lain. Bagi pengguna iPhone 4 ataupun 4s pasti sudah agak biasa dengan design iPhone 5 yang masih mengekalkan ciri dan konsep yang sama seperti keluaran sebelumnya.

 

 

kehebatan dan kelebihan iphone 5

Kehebatan dan kelebihan iphone 5

 

 Kelebihan iPHONE 5 

 

# 1 Ketahanan rangka iphone

Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan bagi iphone 5 ini dan mengaplikasikan teknologi terkini bagi memastikan iphone 5 ini jauh lebih tahan lasak terhadap hentakan dan gegaran. Banyak ujian yang dilakukan mengesahkan iphone 5 lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak/pecah berbanding telefon pintar jenama lain.

 

# 2 Design yang lebih menarik

iPhone 5 memberi rasa elegan dan menarik apabila dibawa ke mana-mana. Skrin layar yang dipertingkatkan kepada 4 inci dan ianya jauh lebih ringan daripada keluaran terdahulu. Iphone terbaru ini kelihatan lebih nipis, curve yang menarik dan yang paling penting ia telefon pintar paling seksi di pasaran.

 

# 3 Pemproses (processor)

Anatara kelebihan iphone 5 ialah ia menggunakan pemproses berkuasa tinggi iaitu Dual Core A6 yang mempunyai kuasa 2 kali ganda lebih pantas dari pemproses iphone 4s.

 

# 4 Kamera

Kelebihan iphone 5 iniyang keempat ialah menyediakan kamera yang jauh lebih canggih di mana kamera utama di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel dan dilengkapi dengan mode panorama dan berkemampuan megambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s.

 

# 5 Ketahanan Bateri

Kemampuan bateri iphone 5 ini telah dipertingkatkan di mana ia mempunyai kemampuan sehingga 225 jam dalam mode standby berbanding iphone 4s yang hanya mampu bertahan 200 jam sahaja dan ia dapat bertahan 8 jam sekiranya anda ada menggunakan telefon ataupun internet.

 

# 6 4G LTE

Iphone 5 menyediakan sokongan platorm 4G LTE d mana ia menyediakan prkihdmatan internet yang jauh lebih laju.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: