Kelebihan Ibu Hamil / Kelebihan Ibu Mengandung

Kelebihan ibu hamil / mengandung tidak boleh dipertikaikan lagi kerana bagi seorang wanita itu kehamilan adalah satu nikmat yang paling indah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Kesusahan dan kepayahan seseorang ibu yang sedang hamil itu akan dibalas dengan nikmat yang tidak terhingga oleh tuhan yang maha esa.

Di sini kami akan senaraikan kelebihan ibu hamil / kelebihan ibu mengandung yang perlu kita ketahui.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

 

kelebihan ibu hamil

Kelebihan ibu hamil / Kelebihan ibu mengadung

Kelebihan Ibu Hamil / Kelebihan Ibu Mengandung

 

  1. Dikatakan bahawa wanita hamil yang melahirkan anaknya akan mendapat pahala  solat dan puasa selama 70 tahun. Manakala bagi setiap kesakitan yang dialaminya pada satu uratnya  Allah s.w.t akan kurniakan satu pahala haji
  2. Apabila seseorang wanita selesai bersalin maka terhapuslah dosa-dosanya dan dia akan seperti ketika ibunya melahirkannya dahulu.
  3. Jika seseorang wanita hamil itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas dia bersalin maka matinya dikira sebagai mati syahid.
  4. Sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anaknya sendiri sehingga cukup tempoh iaitu selama 2 setengah tahun maka malaikat di langit akan mengkhabarkan akan berita gembira iaitu syurga adalah wajib bagi ibu tersebut.
  5. Sekiranya seseorang wanita itu menyusukan anaknya yang sedang menangis, maka Allah s.w.t  akan memberikannya pahala untuk satu tahun solat dan puasa.
  6.  Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
  7. Apabila seorang wanita hamil, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t akan menganugerahkan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatannya setiap hari.
  8. Solat 2 rakaat seorang ibu yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita biasa yang tidak hamil.
  9. Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak melahirkan anak, maka Allah s.w.t akan mencatatkan untuknya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

Kepada semua suami di luar sana, kami berharap anda menhargai isteri anda yang sedang hamil dan layanlah isteri anda sebaik mungkin.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *