Karipap Roti Sardin Sedap

Karipap roti sardin merupakan sesuatu yang baru buat admin. Tengok je gambar karipap roti sardin di internet terus meleleh air liur dibuatnya.

 

So wife admin pun diarahkan untuk membuat karipap roti sardin special untuk admin yang mengidam ni. Resepi wife admin boleh di dapati di bawah.

Karipap Roti Sardin

Karipap Roti Sardin

 

Bahan inti karipap roti sardin:

1 tin sardin

1 labu bawang besar – dicincang halus

1 biji limau kasturi

1 biji cili merah / cili padi  dihiris

2 sudu besar mayonis

2 ulas bawang putih – dicincang halus

Sedikit serbuk lada putih

Garam

Sedikit Minyak (Untuk tumis)

 

Cara-cara memasak inti sardin:

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar sehingga kekuningan.

2.  Masukkan sardin dan masak sehingga kuah sardin agak kering.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

3.  Perahkan limau kasturi dan perasakan dengan garam.   Jika nak pedas lagi, anda boleh masukkan sedikit hirisan cili merah ataupun cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.  Kacau semua sehingga rata dan kemudian tutupkan api.

4.  Alihkan sardin yang digoreng tadi ke bekas lain. Kemudian masukkan mayonis. Gaul Rata.

 

Bahan-bahan Kulit Karipap Roti Sardin :

Roti (*Gardenia)

Acuan Karipap

 

Cara-Cara Kulit Karipap Roti Sardin:

1. Gunakan sekeping roti dan diletakkan ke atas acuan karipap tadi.

2. Masukkan inti yang telah dimasak tadi.

3. Kepit acuan tersebut sehingga berbentuk seperti karipap.

4. Goreng karipap roti tersebut dalam minyak panas ( 1-2 minit)

5. Siap!

Facebook Comments