Resepi Ikan Masak Asam yang Sedap

Mana ye nak cari resepi ikan masak asam yang sedap. Baik, disini kami kongsikan khas buat anda resepi simple lagi mudah ini.

Sang suami pun boleh cuba sebab ianya sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Kesian kat isteri kadang-kadang sang suami bolehla masak pulak ye.

resepi ikan masak asam

Resepi Ikan Masak Asam

Bahan Resepi Ikan Masak Asam 

Ikan Tenggiri / Kembong / Kayu

Asam Jawa

1 Biji Cili Merah

1 Biji Bawang Besar

3 Ulas Bawang Putih

Sos Tiram

sos tiram masak asam

sos tiram masak asam

Cara -cara Memasak Ikan Masak Asam :

1. Bersihkan ikan. Gaul bersama kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan.

2. Tumis bawang besar, bawnag putih dan cili merah yang dipotong kasar tadi.

3. Masukkan ikan yang digoreng tadi.

4. Perah asam jawa mengikut kuantiti ikan tadi.

5. Kacau rata. Masukkan 3 sudu sos tiram.

6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

7. Gaul rata dan biarkan sehingga masak.

8. Lauk Ikan Masak Asam anda sedia untuk dihidangkan.

Terima kasih kerana membaca resepi ikan masak asam ini. Selain itu anda mungkin berminat membaca berkaitan resepi terbaru kami iaitu resepi ayam masak kurma  yang memang lazat dan menyelerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge