Ikan Cencaru Sumbat Sambal ( Belah Belakang)

Ikan Cencaru Sumbat SambalĀ (Resepi) merupakan masakan biasa di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Penyediaannya amat mudah dan merupakan antara menu yang menjimatkan dan cepat untuk disediakan.

 

Bahan-bahan Ikan Cencaru Sumbat Sambal:

2 ekor ikan cencaru

6 Tangkai Cili Kering

2 Batang Serai

3 Ulas Bawang Putih

2 Ulas Bawang Merah

Sedikit Belacan

Gula

Garam

Asam Jawa

 

 

Cara-cara Masak Ikan Cencaru Sumbat Sambal:

1. Ikan Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan.

2. Lumur ikan cencaru bersama garam dan kunyit. Asingkan.

3. Kemudian kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, belacan, garam, gula bersama sedikit air asam jawa.

_______________________________________________________

>>ARTIKEL POPULAR HARI INI!<<

Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017!

>>Idea Bisnes Buat Duit Yang Terbukti Berhasil 2017<<

_______________________________________________________

4. Masukkan bahan kisar ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

5. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Selamat mencuba!

 

 

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *