Idea Bisness Untuk Pelajar IPT dan Kolej (Woww)

Idea Bisness Untuk Pelajar IPT dan Kolej yang wajib anda tahu. Anda sebagai pelajar ada masalah kewangan? Duit belanja tidak cukup? Jangan fikir banyak sangat, ceburkan diri anda dengan perniagaan kecil-kecilan kerana ia pasti dapat membantu meringankan beban anda disamping melatih anda berkaitan asas kewangan dan kesabaran. Selain itu dengan berniaga anda dapat belajar selok belok kewangan dan pemasaran. Pelajar yang bijak pasti boleh membahagikan masa antara pelajaran dan perniagaan.

Idea Bisness Untuk Pelajar

Idea Bisness Untuk Pelajar

Di bawah kami senaraikan 4 jenis bisness yang anda boleh lakukan sebagai seorang pelajar. Tips-tip berniaga untuk pelakar adalah seperti berikut:

  1. Perniagaan Makanan
    Perniagaan makanan memang merupakan antara perniagaan yang boleh dikategorikan sebagai tak luput dek zaman. Sekiranya seseorang pelajar itu mahir memasak maka anda layak mencuba perniagaan ini. Antara perniagaan yang anda boleh laksanakan seperti menjual nasi lemak, kuih-kuih dan lauk pauk kepada rakan-rakan anda. Anda juga boleh jual makanan ringan seperti keropok, gula-gula dan sebagainya. Bagi pelajar IPT makanan segera seperti maggi antara hot item yang anda boleh jual.
  2. Perniagaan Photostat
    Pelajar di IPT memang memerlukan bahan-bahan dan rujukan yang perlu diphotostat. Anda boleh sediakan perkhidmatan photostat dan anda juga boleh jadi runner dengan mengambil,photostatkan dan hantar semula kepada pelanggan.
  3. Perniagaan Pencetak/Print
    Rakan-rakan anda mungkin perlu print tugasan dan kertas kerja. Anda boleh menyediakan printer dan kertas untuk tujuan ini. Perniagaan ini memang menguntungkan.
  4. Perniagaan pakaian
    Anda boleh mencuba menjual pakaian seperti baju,seluar,tudung dan sebagainya. Pastikan pakaian yang anda jual mengikut trend semasa bagi memastikan anda tidak mengalami kerugian. Perniagaan berasaskan pakaian memang laku terutamanya kepada pelajar perempuan.

Pada masa kegaawatan ekonomi sekarang di mana semua barang keperluan mahal maka banyak pelajar mula menceburi bidang perniagaan. Dapatlah mereka mengisi poket mereka dan membantu meringankan beban ibu bapa mereka. Semoga artikel yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda.

Selain itu anda juga mungkin berminat membaca Buat Duit Dengan Ebook.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge