Bagaimana Ciri Suami yang Baik Dalam Islam

Ciri suami yang baik merupakan sesuatu yang menjadi kemestian dan impian bagi setiap wanita dan di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua ciri suami yang baik dan bagaimana menjadi suami yang baik kepada isteri.

 

Suami yang baik menjadi imam

Suami yang baik menjadi imam

Bagaimana Ciri Suami yang Baik Dalam Islam

  1. Ciri Suami yang baik yang terutama sekali ialah menjadi imam kepada isteri dan bertindak memimpin keluarga ke arah kebaikan.
  2. suami terbaik juga haruslah sentiasa bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah supaya mempunyai pasangan hidup. Suami perlu yakin bahawa isteri yang dikahwini adalah yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
  3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga semoga sentiasa berkekalan hingga ke akhirat
  4. Menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
  5. Sentiasa berhubung dengan isteri samaada melalui telefon atau sms ketika tidak bersama atau berjauhan.
  6. Hiburkan isteri anda dengan sentiasa berbual dengannya samaada berkaitan kerja, perasaan, masalah dan emosi.
  7. Sentiasa menghiburkan hati isteri samaada dengan lawak, sesuatu yang digemari isteri atau bawa isteri berjalan-jalan atau makan di luar. Apa yang penting isteri anda terhibur.

    ciri suami yang terbaik dalam islam

    ciri suami yang terbaik dalam islam

  8. Sentiasa menasihati isteri sekiranya ada kesilapan atau isteri melakukan perkara yang tidak digemari anda.
  9. Sentiasa berfikiran positif agar memastikan anda mudah mengawal emosi dan tingkah laku anda.
  10. Tidak mudah marah atau ringan tangan terhadap isteri anda.
  11. Suami yang baik hendaklah memastikan apabila anda pulang dari kerja, pulanglah dengan senyuman kerana senyuman itu pengerat hubungan suami isteri.
  12. Amalkan makan bersama isteri apabila ada kelapangan terutamanya makan malam.
  13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
  14. Suami yang baik sepatutnya harus selalu mengauli isterinya. Apa salahnya jika mandi bersama-sama dimana ia pasti akan mengeratkan hubungan rumah tangga anda.

 

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: