Bagaimana Mengenal Ciri-Ciri Berbohong (CIRI PEMBOHONG)

Ciri-ciri berbohong sebenarnya amat mudah dikenalpasti namun adakah anda tahu bagaimana mengenali ciri-ciri pembohong? Orang yang berbohong biasanya pandai bermain dengan kata-kata dan kita dapat mengenalpasti seseorang itu menipu ataupun berbohong dengan melihat gerak geri dan perlakuan seseorang yang berbohong itu.

 

ciri-ciri pembohong

 

Ciri-ciri Berbohong / Ciri-Ciri Mengenal Pembohong / Mengenal Orang Berbohong

 

 

# 1 Mata
Seseorang yang sedang menipu atau berbohong dengan biasanya tidak berani menatap mata anda ketika berbicara. Secara semulajadi apabila menipu seseorang itu cenderung menhindarkan mata daripada mata lawannya bercakap. Dia akan cuba memandang ke arah lain apabila anda memandang muka ataupun matannya.

 

# 2 Gerakan Tubuh
Orang yang sedang berbohong akan kurang bergerak, tidak bergerak langsung ataupun melakukan gerakan yang berlebihan. Kebiasaan orang yang berbohong akan kelihatan kaku  ataupun beku dan ada yang bergerak secara berlebihan bagi menenangkan hati dan mengelakkan pembohongannya diketahui.

 

#3 Mata Membesar

Orang yang sedang berbohong matanya seluas-luasnya dan membuat muka simpati.

 

# 4 Percakapan

Percakapan ataupun tutur kata orang yang sedang berbohong sentiasa terketar-ketar ataupun tersekat-sekat. Ini berlaku disebabkan rasa gugup,risau,takut dan rimas kerana berbohong.

 

# 5 Sentuhanciri-ciri orang berbohong

Ciri-ciri seseorang sedang berbohong yang mungkin kelihatan ialah sentuhan-sentuhan semulajadi seperti menyentuh hidung, menutup muka, mengosok-gosok mata dan menutup mulut apabila bercakap. Kemungkinan 95% peratus orang itu sedang berbohong dengan anda.

 

# 6 Nada Suara

Nada suara seseorang yang sedang berbohong lebih tinggi daripada biasa dan ia bertujuan bagi menegaskan sesuatu yang ingin dipertikaikan olehnya.

 

# 7 Gerakan kaki

Anda juga boleh melihat kaki seseorang itu bagi memastikan dia tidak berbohong. Ada sesetengah orang biasa menghayun-hayunkan kaki apabila berbohong.

 

# 8 Senyuman

Anda pasti dapat mengenali senyuman sebenar dan senyuman paksa maka pasti anda sudah tahu jika seseorang senyum kelihatan terpaksa maka kemungkinan besar dia sedang berbohong terhadap anda. Senyuman palsu adalah ciri-ciri berbohong yang jelas yang perlu anda perhatikan.

 

Panduan Mengenal Ciri-ciri berbohong di atas bukanlah satu panduan yang lengkap namun ianya cukup untuk menghindari diri anda dari ditipu ataupun dibohongi orang lain.

 

Last updated by at .

Komen Pelawat:

Komen Pelawat: